Bas bertolak dari Newport kira-kira jam 7.00 pg. Dah semestinya kami kena bersiap awal pagi dan alkisahnya ada satu family kena tinggal sebab lewat bangun..sudahnya mereka terpaksa drive sendiri sampai DC... Kami singgah di Jersey Garden Mall..ya 2 in 1..sapa sempat dan la pi shopping maklumlah situ factory outlet..saya? tak dan buat apa..dok kepong si kecik ni pun dah penat...
Kami sampai di Lancester kira-kira jam 4.30 ptg.kami check in di.. hotel ini..
.selepas bersiap kami dibawa melawat ke AMISH COUNTY..di Lancester ini adalah perkampungan yang paling besar..jadi seputar di situ..saya mendapat pengalaman baru..selain dari menikmati pemandangan yang cantik..kami dimaklumkan bahawa perkampungan AMISH ini bukan lah satu perkampungan yang khusus untuk kumpulan ini sahaja..dia bercampur dengan penduduk lain..tapi mereka ini agak pelik kerana menolak pemodenan... tapi tak sepenuhnya..kenapa saya berkata begitu? sebab pada saya..rumah mereka ada fridge tapi guna generator..ada lampu tapi guna generator...
lihat rumah ini....tiada tiang elektrik kan?
.hmm kenapa sayapun tak pasti..mereka juga tak mahu naik kereta cuma naik kereta kuda..
mereka masih berpakaian macam dulu-dulu..dan bersekolah sampai gred 8..kalau kita di Malaysia..sampai darjah 6 je la....
mereka juga mengamalkan kaedah lama...dan moden di ladang
ladang mereka
kuda dan ternakan
perniagaan mereka
ini touristguide kami...mereka berdua suami isteri dan agak open dan moden..mereka ada camera dan ada notebook....
selepas singgah di souvenir shop..kami dibawa ke rumah Lee and Nadia from Amish family for dinner..
di luar rumah..dan ladang nya yang sangat luas..mulanya kami diberitahu..kamera tak dibenarkan dalam rumah..sebab orang AMISH memang tak nak bergambar..agaknya familyni memang tebal lagi semangat AMISH dia...
tapi finally dia benarkan dgn syarat tak de gambar family mereka dalam foto..kalau tengok interior..memang mcm biasa kan? tgk lampu...tapi pakai generator..
ini "shoo fly pie"..... dibuat dari rhubarb... sedap juga
anak-anakNCC2011 di depan rumah AMISH...
sempat lagi depa main.....
dan yang ini.....confused tgk kuda, lembu....donkey...all these while dia asyik tengok bird and squirrel jer....