Thursday, May 27, 2010

Ahmad Muaz Syaraf: Satu Anugerah

Lahir pada jam 1.19 tgh hari Isnin, 22 hb Feb 2010. Satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Sungguh hadirnya membawa seribu satu rahmat. Kehadirannya memang mengubah perjalan hidupku. Maklumlah setelah hampir 11 tahun rumah kami tidak dihiasi dengan esak tangis anak kecil. Agak kekok pada mulanya, bagai baru pertama kali beranak kecil, walaupun aku sudah punya 3 anak yang meningkat remaja.  Memang mudah sungguh melahirkan anak ini, walaupun dia lahir seberat 3.8kg...tapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Adik Muaz, itulah panggilan untuk putera ku yang ke tiga ini.

Tentang Blog Tinta Serikandi

Inilah yang ku inginkan... Aku bukanlah seorang penulis hebat dan bukan juga sasterawan tersohor. Sekadar ingin berkongsi rasa macam penulis blog yang lain, tapi itulah...ibarat buah cempedak di luar pagar..banyak lagi yang nak kena belajar. Rasa puas kerana dapat menulis, waalaupun hasilnya tak lah seberapa... tapi seronok

Buah cempedak di luar pagar

Alhamdulillah.... setelah sekian lama berhajat nak buat blog tercapai sudah..terima kasih Cikgu Zai kerana sudi berkongsi ilmu..maka selamat berblog utk diriku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...