Pada yang pernah membaca dan mengikuti blog saya...lama sungguh saya tidak mengupdate blog..sampai 'features" kat sinipun bila berubah pun saya tak perasan..Rasanya petang ni lega sikit, nak keluarpun cuaca "foggy" je...so, sayapun membelek blog yang dah sangat lama tak di update..agak hampir 2 bulan setelah anak sulung saya pulang ke Malaysia..sesungguhnya selepas itu..teramatlah busy...dan penghujungnya semalam..apabila kontena saya dah jalan..cuma tinggal nak kemas rumah ja lagi..semoga selamat tiba ke tanah air..kerana banyak amanah orang di dalamnya
Well...diari saya di bumi Uncle Sam hampir ke muka surat terakhir..lagi 4 hari kami bakal pulang ke Malaysia..dan hari ini genap setahun kami tiba disini...oh ya dan esok..si kecil Muaz dahpun berusia 17bulan..cepatnya masa berlalu...
Mengimbau kembali 21.7.2010 semasa kami datang dulu...
masa mula sampai 23.7.10
2 bulan selepas itu.....
dan 12 bulan selepas tiba....di lokasi yang sama..buai yang sama...