Friday, April 29, 2011

Yang indah hanya seketika....

Tajuk entry nya entah apa-apa ja..maklumlah dah tak tahu mana yang nak update..so busy towards the end of the course..Hati saya bercampur rasa saat ini...maklumlah...sedang memujuk hati dan redha dengan ketentuan ILAHI...pasti ada hikmah disebalik setiap kejadiannya...

Bila en husband di tawarkan untuk jawatan Fellowship di sini...hati saya dan anak-anak berbunga girang...ya lah..dia yang pertama ditawarkan jawatan itu..PERTAMA utuk Royal MALAYSIAN Navy....sukanya...saya
macam-macam rasa..cuma waktu itu amat tidak pasti dari pihak kerajaan Malaysia..tapi khabarnya semua beres..kami bakal menetap di sini setahun lagi...senyum memanjang en husband...tapi masih tak berani menaruh harapan...... setelah menerima khabar, menanti endorsement dari pak menteri... kami hampir pasti.......tapi tiba2 orang no 1.... berubah fikiran..maka....khabar yang tak indah...pun diterima..kami kena balik..aduhai..saat itu...hilang mood seketika..bukan tak ingat Malaysia bumi bertuah..tapi...?? sedih pulak rasanya..maklumlah dah memasang angan-anganlah katakan....

Tapi saya pasti banyak hikmahnya....antaranya anak sulung saya nak masuk U...hmm setakat nipun dia dah melepas satu peluang yang agak baik..menghadiri EDUCAMP di UTP...

Bila dah pasti kami kena pulang..maka bertambah busy lah jadinya...dengan aktiviti disini yang tak kurang banyaknya..kami tambah pula agend kami sendiri..disebabkan dah nak balik...sempena Spring Break lepas kami telah ke New York selama 3 hari dan sehari di New Jersey...Esok nak bertolak ke Washington DC selama seminggu..kali ni kami sekeluarga ikut FSP...

Wednesday, April 13, 2011

Jalan-jalan ke New Hampshire (Part2)

Kita sambung lg sikit ya....setelah bermalam di hotel COOS Inn..bukn lah hotel mahalpun..ala-ala hotel sri malaysia ja..tapi alhamdulillah quite a spacious room...well selepas breakfast... kira-kira jam9.30 kamipun bertolak ke Mount Washington yang lebih kurang 30 minit ja jauhnya...saja melambat kan perjalanan supaya jalan kering...kalau basah takut gak..nanti licin nak naik bukit..

Sepanjang perjalanan memang kami sangat-sangat menikmati panoramic view yang sangat indah..berbaloi sungguh rasa ke situ..
dah sampai kira-kira kaki bukit lah..gamaknya, ada signboard ni...saya dah cuak...tapi en husband..cool ja

he he..mulalah masing-masing membaca apa yang patut... di awal pendakian..perjalanan... saya makin cuak..maklumlah jalan sempit dan tak dak railing...huh...yang sorang asyik petik camera je...
sampai satu look out point kami singgah juga nak posing tapi angin kuat sangat.

ya...drebarpun nak bergambo jugak...
setelah...penat mendaki..kami sampai ke 2nd highest peek


 macam nak terbang je....
memang kalau kurus..leh tebalik...

dia dok dalam keta je....
.sejuk sangat kat sini..maklumlah kita orang tak expect sejuk and ada snow..so pakai baju tak lah tebal sangat... perjalanan takat 2nd highest peek ja..sebab...jalan tutup..snow dah mula turun
setelah mr cameraman...siap transfer photos..kamipun turun....dah nak turun baru teringat nak snap this
perjalanan turun agak mencabar..especially bila lalu di selekoh maut..huh..nampak pucuk je... tayar keta betul-betul atas jalan...tak de lebih sikit pun..mak ai...kecik ja rasa time tu...disebabkan terlalu concentrate....en husband asyik tekan brake je..walhal dalam instruction manual...suruh free gear..so inilah jadinya..panik jugak lah..bila keta berasap
nasib baik ada tempat break to cool off engine..so berehnti seketika.... dalam dok risau keta berasap..sempat gak ibu dan anak berposing
lega rasanya dah dekat nak sampai..dan melihat daun-daun yang kembali colorful
bila dah sampai di kaki bukit..kami dengan bangganya menampal sticker ni... bukan senang...pada saya keta kami dah darjah 5...nak panjat bukit ni..silap hari bulan kong tengah jalan he he
kiranya berkelah di tepi sungai la tengahari tu....dan ini aksi mr cameraman
 jadi part 3..nya adalah perjalanan pulang ke Rhode Island.... bila? hmm..bila tu lah yang susah... 

Saturday, April 9, 2011

Jalan-jalan ke New Hampshire (Part1)

Cerita ni patutnya diupdate pada bulan September 2010 yang lalu..sebab kejadian berlaku pada bulan tersebut..tapi, bagai dikatalah..waktunya belum berkesempatan..jadi hari ni baru ada masa..tu pun kebetulan membelek folder gambo yang dah bercelaru ngan macam-macam lebel..jadi sempena musim luruh yang lalu saya sangat teruja nak tengok colorful fall di White Mountain..ala tvpun asyik dok kempen je pegi sana..prof yg mengajar en husband pun siap bg flyers..recommend pegi sana.jadi sempena long weekend bulan Sept 10 hari tu kamipun sampai jugalah kaki ke sana..perjalanan sepatutnya ambil masa 4 jam lebih je..tapi disebabkan tak berapa familiar ngan jalan dan gps..maklumlah baru 2 bulan dok sini...jadi kamipun terlewat tiba...sebab banyak makan buah langsat..sesat di Boston ja dekat 1 jam lebih..so inilah kisah perjalanan kami ke WHITE Mountain...


sepanjang perjalanan kami..pemandangan sungguh berwarna warni..dengan warna dedaun yang sangat cantik... jadi bila nampak signboard NH saja kami sangat lega..kerana tempat yang nak dituju tu dah makin hampir.. jadi first place yang kami pergi ke HOBO train ride...saja nak naik train tengok hutan yang sangat colorful

 depan train station...
 ha ha..lebih kurang jer saiz kan..dengan ticket man..aka drebar train..
 kami tak bawa bekal...so muaz sorang je makan lunch...
salah satu view yang di "capture" oleh my handsome cameraman dari dalam train
yang kecikpun kena ada gambo jugak...cantik kan view?..sebab tu model dalam gambo ni kecik je..kalau yg lain tak nampak view nanti

so lepas naik train ride selama sejam..kita orangpun jalan lagi .... lunch dalam keta je...makan bihun goreng je..so kali ni on the way ke hotel kami sempat singgah Lost River... nak masuk dah petang lagipun sangat sejuk..khabarnya malam tu snow akan turun..kami tak bawa baju tebal..so ambik gambo kat luar je lah

 memang tempat ni sangat cantik... subhanallah

rasa macam dalam studio kedai gambar ja...
..disebabkan kami belum solat asar lagi..maka kami decide untuk check in hotel..dan melepaskan lelah semalam di hotel..haripun dah redup dan nak hujan..jadi elok sangat lah kami mencari hotel yang jauhnya lebih kurang satu jam dari sini...
so kami tiba dan check in di hotel ini....
untuk cerita selanjutnya ..kita sambung part 2 pulak ye..

Friday, April 8, 2011

Bihun Sup Ezypyzy

Antara masakan yang paling senang dan paling digemari ahli keluarga..bihun sup..saya saja namakan resepi ni bihun sup ezypyzy..sebab senang dan mudah. Bahan-bahan dia ikut apa yang anda suka nak tambah..tiada paksaan untuk mematuhi resepi ni sepenuhnya... kalau sudi cubalah..simple jer. tak perlu pergi ke food court atau gerai..di rumah pun boleh



Bahan Asas: 
9 ulas bawang putih 
3 sudu serbuk lada putih 
garam secukup rasa 
1 paket bihun 
2 sudu minyak masak
Bahan sampingan: 
½ cawan ayam 
10 kuntum cendawan butang
½ cawan sotong/udang (apa-apa yang anda suka)
carot dipotong nipis/kobis bunga 
sayur sawi dipotong 
Cara:
1.Rendam bihun di dalam air dan toskan. 
2.Bawang putih dihancurkan kasar. 
3.Tumis bawang putih sehingga kuning dalam periuk.Masukkan air mengikut keperluan. 
4.Masukkan ayam,sotong/udang,serbuk lada putih,garam.Tunggu sehingga mendidih. 
5.Masukkan
,masukkan sayur sawi.Tutup api.
Extra:
Bihun sup ni boleh dimakan dengan sambal kicap.potong cili padi nipis2 dan masukkan kicap masin  carot dan bihun dan masak sehingga mendidih. 
6.Akhir sekali 
dan air limau nipis.

ASAM PEDAS MACKEREL

Selalu sangat masak kari, jadi hari ni tukar selera pulak...sementelah baru beli serai dan daun kesum dari Asian shop..jadi sayapun masaklah asam podeh ni..resepinya dari kawan lama..orang melake..ni rupa asam podeh saya... kalau ada bunga kantan ngan kacang bendi lagi sodap.. pada yang nak cuba resepinya ada di bawah,simple je.. ngan bahan-bahan yang ada di sini je lah




ASAM PEDAS MACKEREL

Bahan ini dikisar: 
1 labu bawang besar 
2 biji bawang putih
15 tangkai cili kering 
1 inci lengkuas 
1 sd besar ketumbar
1 inci kunyit hidup 
3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air 
1.5 liter air 
2 biji tomato - potong 4 
1 batang timun - potong 
1 sd besar garam 

Bahan tumis : 
1 labu bawang besar dihiris halus dan bawang putih
5 tangkai daun kari (leraikan) dan daun kesum
5 keping ikan mackerel atau apa-apa ikan yang anda suka (dibersihkan) 
2/3 cawan minyak masak 
Cara:
Panasakan belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau. 

Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawan dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan. Masukkan air,setelah mendidih, masukkan timun dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru diangkat.

EXTRA:
Kalaua ada boleh masukkan 2 tangkai bunga kantan – dipecahkan.  Jika suka boleh masukkan 1 sd besar gula. Belacan juga boleh ditambah dengan bahan kisar. Untuk menyedapkannya goreng belacan dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Gunakan 1 sd besar untuk resipi ini. 

Thursday, April 7, 2011

Pulut kuning gulai daging

Sempena hari lahirnya yang ke dot dot... dia tak mahu kek seperti biasanya cuma minta pulut kuning gulai daging. Hmm teringin bebenor le tu..nak makan pulut kuning..siap kena ada telur rebus..barulah macam pulut kuning orang kedah... saya cuba buat... dan hasilny adalah seperti di bawah...

hmm..tapi yang bawah tu..tambahan, dimakan dengan ikan pekasam...tu style MIL sekeluarga...sayapun belajar makan pulut dgn ikan pekasam..selepas berkahwin dengannya.. tapi macam biasa..anak-anak tetap nak makan kek...disebabkan 2 hari lepas saya dah buat kek chocolate..maka untuk birthday...beli tiramisu je..

Sejak berada di bumi Uncle Sam ni...majlis makan-makan sempena besday...hanya dirumah jer...tak seronok makan di luar...kalau asyik kekedai arab je... so untuk besday abah..hidangannya nasi lauk kampung
tukang ambik gambo tak sabo...tak cun lagi dah snap... anyway Alhamdulillah.... ada ikan pekasam dan sambal belacan dengan kacang botol....sambal belacan tak de cili merah..kusam je rupanya... tapi berasap sebab jalapeno ..

Wednesday, April 6, 2011

MOIST CHOCOLATE CAKE

Kek ni saya buat sempena en husband balik dari FSP....resepinya dari Baking History A Taste For The Past, dan macam biasa..saya selalu adjust ikut bahan-bahan yang ada..resepi asal 3 layer, tapi saya buat double layer jerr...


MOIST CHOCOLATE CAKE
Ingredients
For the Cake
1 cup (227 g) butter
2 cups (400 g) sugar
2 oz. (60 g) unsweetened chocolate, melted
4 eggs
1 cup (237 ml) milk
3 cups (375 g) flour
2 tsp (9 g) baking powder
1 pinch salt
2 tsp (10 ml) pure vanilla extract (or vanilla paste)
For the Fudge Frosting
4 tbsp (60 g) butter
4 squares (4 oz.–112 g) unsweetened chocolate
2 cups (400 g) icing sugar
2/3 cup (160 ml) milk
2 tsp (10 ml) pure vanilla extract (or vanilla paste)
1table spoon of black coffee
Make the cake:
Preheat the oven at 350° F (180° C), grease 2 round 8-inch (20 cm) cake pans, then line the bottom of each pan with a round of parchment paper. Beat butter to a cream and add sugar gradually, then add the melted chocolate and mix well. The mixture should be creamy and light in color. Add the unbeaten eggs and mix well. The mixture might look curdled. Sift the flour with the baking powder and salt, than gradually add the flour to the butter mixture, alternating with the milk, and letting the flour fall through a fine sieve into the butter mixture and beating until incorporated. The final mixture should look creamy and smooth again, and very light. Pour the batter into the prepared pans and bake for about 35 minutes, or until a toothpick comes out clean. Let the cakes cool in the pans, placed on racks, for about 10 minutes, then take the cakes out of the pans, peeling off parchment from the bottom, and let them finish cooling on racks.
Make the Fudge Frosting:
Use double boiled method. Melt the butter and cook for 6 minutes more. In goes the milk, then pour it over the chocolate and stir until melted. Add the sugar, mix well. Take off the heat and stir in the vanilla. Beat the mixture until thick enough to spread.
Assemble the cake:
Spread  the cakes with a layer of fudge frosting, then cover with with frosting. Refrigerate the cake in a container with a lid that does not come directly in contact with the cake top.


hasilnya.....

Monday, April 4, 2011

SATE Oh SATE....

Seumur hidup memang saya tak pernah buat sate....tapi bila duk jauh dari tanahair..tak sangka mampu pulak buat sate.. tapi apa2pun saya tak kan buat kalau takde yang membantu..saya hanya siapkan bahan perap dan potong daging je yang lain ... dibuat beramai-ramai

Tengoklah

TEAM CUCUK SATE: ada 4 orang yang sudi membantu.... kalau sorang cucuk sate..memang tak terbuat...

Esoknya..membakar...



Almost ready...

close up....
ready to serve...

thank you to khairul and salleh..and of course..my sons....en husband tq jugak..sebab tolong babysit muaz, kalau mereka tak tolong..tak jadi projek sate ni..pada 20.3 yang lalu...

Menu abah balik

Selalunya bila dia outstation, sure makannya tak sempurna, maklumlah mana nak cari menu Melayu, nasi ? adala..tu pun kena ke Asian restoren...saya tak rasa dia nak pergi ke situ, menu halal...payahla...jadi kalau seminggu dia pergi seminggu jugala..dia hanya makan roti dan sayur.. dah tentu sampai di rumah dia expect ada nasi... dan yang pasti dia akan sms...LAPARR SANGAT, so faham-fahamlah...

Hari jumaat lepas, sempena kepulangannya.... sayapun masakkan rendang ayam berkuah..sebab nak makan dengan nasi, ikan bilis goreng kentang dan tauhu dan akhir sekali...sayur bayam tumis air his feveret... nasi putih panas-panas..erti panas-panas...on START BUTTON..bila dia sampai kat Pell Bridge...so by the time sampai..memang nasi betul-betul panas...gu ngan rendang wah bisa bertambah...


rendang ayam

ikan bilis goreng
sayur bayam tumis air

Alhamdulillah...semua kenyang..lupa pulak ada ikan tenggiri masin sikit...hmm bertambah-tambahla nasi

Saturday, April 2, 2011

Tuna Pasta

Puas berfikir apa nak masak untuk bekal anak-anak ke sekolah...dah bosan buat bekal roti..lagipun burger patties, beef franks semua dah habis....nampak ada lagi tuna dalam fridge..so tuna pasta lah...jadinya.. pada yang nak cuba..di bawah ni saya sempat menaip resepi..mudah je..cuba lah



Bahan:

1 pkt spiral pasta +  marcaroni (ada sikit lebihan..)
1 tin- isi tuna dalam  (kalau di malaysia ada chili tuna ayam brand..boleh pakai satu tin..nak pedas guna je cili api dalam tin tu
1 tin kecil tomato puree
sedikit minyak zaitun untuk menumis
1 sudu teh oregano
brokoli dan karot (kalau suka)
bawang holland + sebatang celery didadu untuk menumis
garam secukup rasa

Cara masak:
1. rebus air sehingga mendidih, tambah garam - setelah mendidih masukkan pasta, masak sampai lembut, tos
2. tumis bawang dan celery hingga naik bau
3. masukkan tomato puree dan isi tuna, oregano
4. masak samapai pecah minyak, masukkan sayur
5. masukkan pasta
6. kalau suka boleh taburkan parmesan cheese..keatas pasta yang siap dimasak

TintaSerikandi: Petua untuk si kecil

TintaSerikandi: Petua untuk si kecil: "Sejak kembali beranak kecil.... hmm dekat 8 tahun lebih jugak saya tak perlu fikirkan pasal perut kembung, tertinggal handbag...dan macam-ma..."

Friday, April 1, 2011

Biryani Daging vs Biryani ayam

Selalu sangat buat nasi biryani pakistan style...kali ni buat  nasi biryani melayu lah pulak...resepi...? belum sempat...tengok dulu lah ye


nasi biryani ayam


Nasi biryani daging

Edit gambo cara Mat Gebu DTS

Dah biasa edit guna picnik..tapi cara saya lah...hentam mana yang rasa nak buat...tadi tengok blog mat gebu dia bagi step by step...so saya pun follow dan inilah hasilnya..

gambar ni dah pernah ada dalam entry pun cuma di edit ikut steps yang mat gebu ajar..thank you mat gebu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...